BLOG

Senarai Semak Dokumen

18/Nov/2021

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan oleh pihak pengurusan agensi umrah dan travel :


1) Borang Pendaftaran Umrah. 


2) Passport Asal (masih sah laku lebih dari 6 bulan sebelum tamat tempoh). 


3) Empat (4) keping gambar latar belakang putih (4x6 cm). 


4) Buku Suntikan ACYW 135. (Vaksin Meningococcal) 


5) Salinan sijil Vaksin Covid-19 (Hardcopy PDF dari App MySejahtera). 


6) Salinan sijil / kad dos Booster Vaksin Covid-19. 


7) Salinan slip keputusan PCR Covid-19 (dalam masa 72 jam sebelum penerbangan) – Bawa ke KLIA pada hari penerbangan. 


8) Sijil Pengesahan Vaksin Arab Saudi melalui laman web  https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/registervisitor?type=VaccinatedVisitor

(Sila isi 72 Jam sebelum penerbangan)


9) Salinan dokumen mahram @ visa (Jika Perlu) yang telah disahkan oleh Jabatan Kerajaan/Pejabat Agama/ berkaitan sekiranya memohon visa umrah. 

- Salinan Sijil Nikah (Dicop Jabatan Agama) 

- Salinan Sijil Lahir (Disahkan Jabatan Pendaftaran Negara) 

- Lain-lain dokumen boleh maklum pada kakitangan Eiman Travel ( Contoh: Warga Asing, Anak Angkat dan lain-lain) 

Muat turun fail Senarai Semak Dokumen disini 

UMRAH DI MUSIM COVID

18/Nov/2021

PERKARA YG BAKAL JEMAAH PERLU TAHU

18/Nov/2021

PERSIAPAN SEBELUM BERANGKAT

Umrah di Musim COVID-19, peraturan perjalanan tidak lah semudah seperti di masa2 sebelum Covid. Lebih banyak dokumen yang perlu jemaah siapkan dan diperiksa sebelum dibenarkan melakukan 'check-in'.

Ianya termasuk visa elektronik dan insurans perjalanan, bukti sijil vaksinasi, serta dokumen pra-pendaftaran ketibaan Saudi untuk semua penumpang yang sudah divaksin.

Juga ujian PCR negatif yang dilakukan 72 jam sebelum berangkat. Surat tersebut diperiksa sebaik sahaja jemaah tiba masuk ke bangunan terminal di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah.

APLIKASI TAWAKKALNA, EATMARNA

Perkara utama yang semua jemaah harus lakukan selepas melalui pemeriksaan imigresen adalah membeli kad SIM Arab Saudi.

Tanpa nombor telefon Saudi, jemaah tidak dapat mendaftarkan diri untuk aplikasi Tawakkalna – App bijak yang menjadi “kad pengenalan” sepanjang jemaah berada di Tanah Suci.

Satu lagi aplikasi yang perlu dimuat turun adalah “Eatmarna” yang membolehkan jemaah menempah tempat solat tambahan di Raudhah dan Makkah.

Muat turun aplikasi Tawakkalna disini

Muat turun aplikasi Eatmarna disini 

SOP UMRAH EIMAN TRAVEL

17/Nov/2021


PROSEDUR SEBELUM BERANGKAT

1. 18 TAHUN KEATAS

• Berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak memohon visa umrah


2. PASPORT

• Pasport antarabangsa sah laku minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh


3. VAKSINASI COVID-19

• Lengkap 2 dos suntikan vaksin dari Pfizer dan Astra Zeneca

• Sinovac perlu kepada dos booster dari jenis yang diiktiraf

• Salinan bercetak pdf sijil vaksinasi dimuat turun dari MySejahtera dan diserahkan bersama dokumen lain

• Maklumat vaksinasi dimasukkan dalam Daftar Ketibaan Arab Saudi melalui portal https://arrival.muqeem.sa/#/vaccine-registration/home 72 jam sebelum penerbangan


4. SUNTIKAN ACYW135

• Pengesahan Vaksin Meningococcal Meningitis (buku kuning) didapatkan minimum dua minggu sebelum keberangkatan


5. UJIAN COVID PCR

• Ujian dibuat di klinik berdekatan dalam tempoh 72 jam sebelum penerbangan dengan keputusan negatif

• Slip keputusan dibawa ke KLIA


6. JAGA SOP

• Patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan


PROSEDUR DI ARAB SAUDI

1. APLIKASI EATMARNA & TAWAKKALNA

• Muat turun dan daftar akaun di smartphone setiap jemaah. Jemaah perlu membeli simcard Arab Saudi untuk pendaftaran

• Eatmarna – Permohonan permit Umrah, Ziarah Raudhah & Maqam Rasulullah, dan solat jemaah di Masjidil Haram. Solat di Masjid Nabawi tidak perlu kepada permit

• Tawakkalna – Maklumat kesihatan dan pas masuk ke premis (fungsi seperti MySejahtera)


2. BAS PENGANGKUTAN

• Hanya memuatkan 25 orang jemaah pada satu-satu masa (kapasiti bas 50 orang)


3. PENGINAPAN

• Terhad kepada 2 orang sebilik


4. ZIARAH

• Program ziarah luar dibenarkan, namun tertakluk kepada situasi semasa dan keizinan dari pihak berkuasa


5. TAWAF DI DATARAN

• Hanya dibenarkan untuk tawaf Umrah. Tawaf sunat dan tawaf wida’ masih belum dibenarkan


6. PERMOHONAN KUARANTIN

• Permohonan kuarantin rumah mestilah dibuat 7-10 hari sebelum tiba di Malaysia di portal https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index


7. UJIAN COVID PCR

• Ujian dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum penerbangan

• Prosedur akan diuruskan dan kos ditanggung oleh syarikat


PROSEDUR KETIBAAN DI MALAYSIA

1. HOME SURVEILLANCE

• Isi maklumat ‘home surveillance’ di MySejahtera selepas ketibaan


2. UJIAN COVID PCR

• Ujian swab akan dilakukan di KLIA oleh petugas KKM

• Jemaah akan dipakaikan gelang pink kuarantin


3. PENGANGKUTAN BALIK

• Kenderaan awam seperti teksi dibenarkan dengan surat dari KKM

• Jika wakil keluarga ingin datang menjemput, hanya seorang sahaja dibenarkan


4. KUARANTIN

• Kuarantin kendiri di rumah selama 7 hari

• Ujian swab PCR dilakukan pada hari ke 5 di Pejabat Kesihatan Daerah terdekat

• Gelang kuarantin dipotong pada hari ke 8, dan tamat kuarantin


Klik disini untuk muat turun fail Norma SOP Eiman Travel disini 

EIMAN TRAVEL PAHANG 2023